Selasa, 8 Februari 2011

KELAHIRAN ANAK KUCING TOMEY

Minggu lepas keluarga kami dikurniakan lagi 4 ekor anak tomey yang mana menjadikan jumlah kucing kami 9 ekor.

Malangnya kucing kesayanganku Danny tidak mahu lagi mendekatiku dan tidak ingin lagi masuk kedalam bilikku untuk tidur bersamaku atau bermain-main, kerana tomey melahirkan anaknya didalam bilik tidurku. Aku tidak ingin mengusik anak-anak kucing tersebut memandangkan mereka masih kecil dan belum buka mata. Pantang larang bagi ibu kucing apabila kita memegang anak-anak kecil mereka, mereka akan merasakan anak mereka bukan lagi anak mereka kerana bau yang mereka dapat adalah dari bau tangan-tangan yang memegang anak mereka. Aku tidak mahu tomey membiarkan anaknya dan menyusahkan untuk memelihara anak-anak yang masih terlalu kecil.

Aku bercadang akan mengalihkan mereka ke dalam cage apabila anak-anak tersebut telah membuka mata dan boleh berdikari sedikit. Apabila mereka besar aku bercadang untuk memberi mereka kepada anak-anakku yang telah berkahwin kerana mereka juga sangan sayangkan kucing, tetapi menantu aku kata dia hanya akan mengambil kucing-kucing tersebut sekiranya mereka comel. Itulah nasib kalau tidak comel orang tidak ingin memelihara mereka. Kesian......

Yang aku risaukan sampai bila Danny tidak akan datang bermain-main dan tidur dibilikku?

Jumaat, 7 Januari 2011

TAHUN BARU 2011

Hari ini telah 8 hari menjengah tahun baru 2011. Tanggal 25 Dec lepas genap 3 tahun pemergian Daniel tersayang. Berbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2010 yang telah aku dan keluarga alami. Antaranya, hari konvo ayong, zu dan boy, hari called to the bar ayong, hari pertunangan ayong dan juga zu dan akhirnya hari perkahwinan ayong. Kenangan pahit adalah pada 22 nov 2010 aku kehilangan ibu mertua yang telah meninggal secara mengejut. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman....