Rabu, 31 Disember 2008

NEMO



Semasa aku tinggal di Damansara, aku telah membawa seekor kucing yang bernama Nemo. Selain dari untuk menemani Daniel, Nemo adalah merupakan anak kepada kucing ku yang bernama Ning. Ning adalah seekor kucing Parsi, tetapi oleh kerana aku juga membela kucing-kucing yang lain yang diberi makan nasi dan ikan, Ning amat suka untuk makan nasi dan ikan yang mana beliau tidak tahan dan menghadapi masaalah luka dibahagian bontotnya. Aku merawatnya setiap kali penyakitnya datang dan pernah sekali beliau dimasukkan ke hospital haiwan di Jalan Ipoh yang dikenakan charga melebihi RM1500. Namun apabila pulan ke rumah beliau akan mencuri makan nasi dan ikan dan penyakitnya berulang dan berulang. Akhirnya Ning telah meninggal.


Maka tinggallah Nemo bersama-sama dengan kucing dari keluarga kucing yang lain bernama Hitam. Nampaknya semua keluarga Hitam telah memboikot Nemo. Maka itulah sebabnya aku

membuat keputusan membawanya tinggal di Damansara. Maka dari saat itu Nemo telah menjadi kawan Daniel, tapi nampak gayanya Daniel kurang menerimanya dan lebih suka bersama-sama denganku.


Daniel sangat penakut dan asyik duduk dirumah dan lebih senang bergaul denganku dan anakku. Tapi Nemo agak kebodohan sedikit sehingga beberapa kali keluar dari Kondo ku dan terpaksalah aku pergi mencarinya, bayangkanlah dengan ketinggian Kondo sehingga 20 tingkat bagaimana sukarnya aku mencarinya. Perkara tersebut berlaku berkali-kali dan akhirnya Nemo tidak dapat di kesan sehinggalah aku berpindah ke rumah ku sekarang di Ampang.


Walaupuna aku merasa sedih akan kejadian itu, namun aku redha dan tidak terlalu merasakan kesannya kerana beliau tidaklah serapat Daniel dengan ku. Namun wajahnya yang comel dan inocent, bulunya yang gebu terasa betapa ruginya aku kehilangannya. Lebih-lebih lagi itulah saja peninggalan Ning.

Nemo, mama doakan semoga Nemo selamat dan mungkin mendapat mama baru!

SELAMAT TAHUN BU 2009


Hari ini tahun baru 2009. Telah seminggu Daniel meninggalkanku. Tetapi ingatan dan sayang padanya tidak sedikit pun berkurangan. Tak sangka begini sekali kuatnya kasih sayang diantara kami. Sememangnya terlalu banyak kenangan bersama terutama aku membelanya dimasa aku menghadapi masaalah rumahtangga dan selama hampir 2 tahun aku tinggal bersama Daniel dirumah sewaanku di Dataran Prima Damansara. Setiap saat semasa dirumah aku bergelumang dengannya. Daniel seakan-akan memahami apa yang kurasakan dan menemani kesunyianku.
Dia sentiasa ada dirumah menunggu aku pulang dan terasa hampa wajahnya setiap kali aku nak keluar dari rumah. Aku membawanya tinggal bersamaku dirumah aku sekarang setelah masaalah perkahwinanku selesai. Pada mulanya Daniel tampak kurang selesa kerana telah biasa tinggal di Kondo. Daniel mengalami kekurangan berat badan dalam masa dia mencuba untuk adjust dirinya. Lama kelamaan Daniel berasa lebih selesa dan berat badannya pun bertambah dan disaat kematiannya Daniel didalam keadaan kesihatan yang amat baik.
Sehingga hari ini aku asyik menangis mengenangkannya. Tidak sesaat pun aku dapat melupakannya. Aku berdoa kehadrat Ilahi supaya dapat aku melupakannya dan menerima hakikat ketiadaannya. Namun aku panjatkan juga doa semoga kasih sayang ku padanya akan berkekalan. Terus terang aku merasakan insan yang menyayangi aku didunia ini adalah Daniel. Kekadang ku rasakan anak-anak ku tidak menyayangi ku sebagaimana Daniel menyayangi ku. Kalau mereka balik ke asrama atau rumah tumpangan mereka seminggu, sebulan, selama itulah mereka tidak menghubungi aku bertanyakan khabar ku. Tapi aku ada Daniel yang senantiasa menemani ku, tapi sekarang semuanya kurasakan tidak menyayangi ku. Mungkin aku tidak adil mengatakan begitu tetapi itu lah yang ku rasa didalam hati kecil ku.
Hari ini juga aku mengakui kepada suami ku bahawa aku masih tidak dapat menerima dan masih bersedih akan kematian Daniel, kerana aku amat takut untuk menangis didepan suami kerana beliau akan memarahiku. Beliau amat tidak memahami perasaanku dan hanya berkata lupakanlah..........mana mungkin semudah itu aku melupakannya............
Hari ini juga aku meluahkan perasaanku kepada kakakku yang ku rasa dapat memahami perasaanku. Habis kuluahkan segalanya dengan sedu sedanku. Terimakasih kak kerana memahami dan sanggup mendengar kesedihanku. Apa yang boleh kakak ku katakan selain dari banyak-banyak bersabar dan beristihar.........
Daniel sesungguhnya kau terlalu istimewa bagiku...........................................

Isnin, 29 Disember 2008

OH DANIEL

Telah 6 hari Daniel meninggalkan ku, terlalu kuatnya rasa kasih ku padanya sehingga kini masih sukar untuk menerima kehilangan Daniel yang amat amat ku kasihi. Terasa hilang dan tidak bersemangat untuk kehidupan ku dikala ini. Sesungguhnya tidak dapat dikatakan dengan kata-kata bagaimana rasanya kehilangan sesuatu yang sangat-sangat disayangi.

Terasa hampar, tawar dan tidak keruan. Terbayang-bayang saat manis bersama, terbayang matanya yang merenung dengan penuh rasa sayang. Sungguh sedih. Aku berdoa supaya dihilangkan kesedihan ini tetapi rasa kasih sayang akan berada didalam hati ini untuk selamanya.....

Daniel, sesungguhnya mama amat menyayangimu................Damai lah Daniel disana. Mama akan simpan kenangan bersama kita selama 3 tahun.

Ahad, 28 Disember 2008

DANIEL, DANIEL, DANIEL

Telah 4 hari berlalu, namun ingatanku pada Daniel masih menebal, terlalu banyak kenangan yang sukar aku lupakan. Terlalu banyak kenangan bersama. Terutama ketika ini, cuti terlalu panjang yang mana sepatutnya dapat aku gunakan untuk bersama-sama dengan Daniel.

Daniel, Daniel, Daniel kenapa tinggalkan mama, hancur rasa hati mama..... maafkan mama kerana tidak dapat melindungi Daniel dari serangan anjing-anjing liar tu. Dapat mama bayangkan bagaimana takut dan traumanya. Sememangnya Daniel adalah yang sangat penakut sehingga tikus pun akan menakutkannya........

Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi hari yang sungguh menyedih dan memilukan dalam hidupku ini. Terasa apa yang dibuat semua yang tidak kena, asyik terbayang wajah Daniel yang melambangkan kasih sayang. Sesungguhnya Daniel merupakan lambang kasih sayang. Membuatkan aku memahami rasa kasih sayang tanpa batasannya.

Oh Tuhan berikanlah aku kekuatan.

Jumaat, 26 Disember 2008

HARI HARI YANG MEMBOSANKAN

Hari ini telah 3 hari aku kehilangan Daniel kesayanganku. Terasa kosong dan hampa ketika menghadapi komputer tanpa Daniel yang setia menemani disisi. Masih terasa-rasa dan ternampak-nampak Daniel tidur samaada dibawah kerusi atau dikerusi sebelah yang kekadang dia tidur dan kekadang matanya merenung penuh dengan rasa kasih sayang kepadaku.

Sesungguhnya amat payah rasanya bagiku untuk melupakan Daniel. Memang aku masih punyai Pingu, Momot, Hensem dan Chubby, tetapi karektor dan pembawaan Daniel yang berlainan dari yang lain telah mendekatinya padaku. Aku merasakannya seperti anak ku sendiri. Sepanjang hidup ku tidak punya satu yang berkarektor seperti Daniel. Dia memahami ku. Renung matanya melambangkan kasih sayangnya kepadaku.

Setiap kali aku keluar negara untuk tempoh 3 ke 4 hari dengan program yang padat kekadang aku terus melupai Daniel, tetapi apabila aku sampai ke rumah Daniel akan datang dan duduk diribaku (yang mana bukan caranya duduk diriba lama sehingga kadang kala merimaskan) Daniel mencium ku seolah-olah melepaskan rindunya padaku. Anakku berkata tatkala aku tiada Daniel sentiasa mencariku.....

Daniel sesungguhny aku sangat menyayangimu..................

Khamis, 25 Disember 2008

ANJING-ANJING LIAR

Telah lama masaalah anjing-anjing liar dikawasan perumahan kami di Ampang. Kadang-kadang mereka datang berkumpulan dan amat menakutkan penduduk sekitar. Aku sebagai pencinta binatang selama ini amat bersimpati kepada anjing-anjing tersebut lebih-lebih lagi tatkala operasi "menghapuskan" anjing-anjing liar dilakukan. Kadang-kadang aku menangis melihatkan keadaan anjing-anjng tersebut diperlakukan.

Namun setelah apa yang, berlaku kepada Daniel kesayanganku, aku merasa amat benci dan merasakan bahawa mereka itu patut dihapuskan. Mereka-mereka berkeliaran dan mengganas sehingga Daniel yang tidak bersalah menjadi mangsanya.

Aku berharap pihak berkuasa akan lebih kerap melakukan operasi menghapuskan anjing-anjing liar.

Rabu, 24 Disember 2008

DANIEL KESAYANGAN



Hari ini 25 Dec 2008 sempena hari Krismas, adalah merupakan hari yang sedih buat ku kerana Daniel kesayangan mati di kerjakan oleh anjing liar dikawasan rumahku. Blog ini ku tubuhkan adalah "tribute" kepada Daniel kesayangan. Semoga Allah memberiku kekuatan kerana aku amat menyayangi Daniel. Setiap malam Daniel tidur dan menemaniku terutama ketika suami ku tiada di rumah. Daniel seperti anak yang memahami ibunya. Daniel merupakan sahabat yang sentiasa ada disiku setiap kali aku memerlukannya. Daniel tidak jemu-jemu menungguku dimana saja aku berada semasa dirumah. Daniel akan tidur disebelahku semasa aku membaca akhbar diatas kerusi, akan duduk dibawah kerusi semasa aku menghadapi komputer dan tidur disisi katil diwaktu malam hari.
Daniel, mama amat menyayangimu..... Damailah engkau disana.