Jumaat, 4 Jun 2010

HARI LONG CALLED SAREENA - TAHNIAH AYONG

Pada 4 June 2010 kami sekeluarga telah menghadiri majlis long called atau called to the bar anakku Sareena. Alhamdulillah kami dapat berpengalaman menghadiri majlis untuk anak kami sendiri yang mana majlis ini hanya akan dilalui oleh ibubapa atau keluarga yang mempunyai anak yang menjadi peguam atau lawyer sahaja.

Sebagai seorang ibu, aku merasa tersentuh dalam ucapan movernya yang menganggap aku sebagai tulang belakangnya dalam menempa kejayaan tersebut.... sememangnya aku sebenarnya yang menggalakkan dan membantu beliau semasa mula mula sehingga beliau dapat meneruskan pengajiannya dalam Diploma Pentadbiran Awam dan akhirnya beliau dapat meneruskannya untuk menyambung pelajarannya sehingga ke Ijazah Undang-Undang,

Tahniah kepada ayong kerana terpksa melalui zaman pengajian yang terlalu lama untuk mencapai impiannya menjadi seorang peguam. Mulai hari ini beliau adalah seorang peguam yang berkelayakan dan berkelayakan mewakili pelanggan di mahkamah. Selepas ini terpulang kepada beliau untuk memutuskan samaada untuk terus menjadi peguam atau menjadi kakitangan undang-undang seperti penasihat undang-undang dan sebagainya. Bagi aku sangat mengharapkan beliau akan menjadi seorang peguam terkemuka satu hari nanti, Insyaallah.

HARI KONVO ZURAINI - TAHNIAH ZU

Pada 29 Mei, kami sekeluarga menghadiri konvo anakku Zuraini. Kesian dia setelah berhempas pulas akhirnya dia dapat menghabiskan pengajiannya.Ini berlaku kerana semasa beliau belajar untuk pengajian Diploma Civil Engineering beliau telah dapat penajaan dari Syarikat Litrak sebuah konsesi lebuhraya di Kuala Lumpur.

Sehabis pengajian beliau dikehendaki berkhidmat di syarikat tersebut, kalau tidak beliau dikehendaki membayar semula biayai yang telah di tanggung syarikat tersebut. Lainlah kalau keluarga kami mampu membayar semula pembiayaan tersebut. Maka Zuraini tiada mempunyai pilihan dan terpaksa melanjutkan pelajaran untuk peringkat ijazah di luar kampus disamping bertugas di syarikat tersebut. Alhamdulillah beliau mampu menghabiskan pengajiannya sebagaimana yang dirancang,

Sesungguhnya sebagai seorang ibu,aku merasa kuatir sekiranya beliau tidak mampu menjalani kehidupan bekerja sambil belajar sebagaimana yang pernah aku lalui dahulu. Sesungguhnya beliau seorang yang berdaya saing dan mempunyai kekuatan dan berjaya menghabiskan pengajianya tanpa mengulangi walau satu semester pun. Alhamdulilllah.