Khamis, 26 Februari 2009

HAI LAH DANIEL

Telah lama aku tidak mengunjungi blog ini, selain dari kesibukan aku dengan ketiadaan pembantu rumah, membuat persediaan anak ku yang akan memasuki Sekolah Teknik aku juga merasakan amat hiba dan sedih setiap kali aku mengunjungi blog ini. Itu belum lagi aku membaca semula tulisan aku yang lepas. 25 hb Februari genaplah 2 bulah pemergian Daniel, masih terasa dia ada bersama-sama aku, betapa rindunya aku padanya tak dapat ku bayangkan. Orang berkata aku terkena badi kucing, tetapi aku kurang faham kerana semasa kematiannya aku tidak memegangnya dan hanya memandangnya dengan penuh kesedihan. Kawan-kawan menasihatkan aku supaya berjumpa dengan orang yang boleh membantu untuk membuang badi tersebut. Akhirnya aku mengalah dan berjumpa dengan orang yang boleh membantu aku. Tak tahulah aku, tetapi selama lebih kurang dua bulan aku merasakan diriku bukan diriku yang sebenarnya dan lama kelamaan badan aku seolah-olah tidak bermaya dan membuatkan ku pergi berjumpa doktor.Orang tersebut telah menyuruh aku mandi dengan limau purut dan limau nipis selama dua hari dan memberi sebotol air untuk aku minum. Entahlah mungkin juga aku telah semakin pulih. Tapi ingatanku pada Daniel masih lagi terasa cuma aku tidak menangis lagi seperti dahulu yang mana hampir setiap hari aku menangis sekuat hatiku tatkala tiada orang berada disampingku.Sesungguhnya kasih sayangku pada Daniel masih kekal dihati ini.
draf
22:13:00
oleh ekspresi diri