Hari ini telah genap 12 hari Daniel meninggalkanku. Namun perasaan sedih masih menyelubungi diriku. Tak dapat ku bendung dan tak dapat ku tahan daripada menangisi pemergiannya yang tak kan kembali lagi. Walau menangis air mata darah pun Daniel tak kan kembali. Namun Insyaallah kenangan bersama dengannya basah diingatan ini.
Hari ini ku terima juga simpati dari seorang teman. "I am so sorry..........Pls don't be sad. Be Happy.
Namun apa yang ku terima dari Zurina sesungguhnya menyentuh hati dan perasaanku. Hari ini aku terima sekeping kad dari Zurina dan tertera:
"Dear Yang, I'm sorry for your loss. Daniel had a good life. I understand how valued his life was. He would be missed."
Betapa hancurnya hatiku kerana ada juga hamba Allah yang memahami bagaimana hancur dan lukanya hati ini ditinggalkan Daniel yang tersayang. Sesungguhnya Zurina amat memahami dan aku percayakan perasaannya. Sesungguhnya amat payah bagi orang-orang terutama yang terdekat denganku untuk memahaminya dengan erti kata yang sebenarnya. Seolah-olah aku hanya membuang masa sahaja. Oh alangkah sedihnya.
Kalau dulu setiap kali aku bersedih aku akan luahkan kepada Daniel, aku cakap macam-macam padanya dan aku katakan "hanya Daniel sahaja yang faham dan sentiasa menyayangi aku." Aku tahu Daniel faham, dan akan merenung wajahku sambil mengesel-geselkan dirinya kepada ku menandakan simpatinya padaku. Padahal bukanlah amalannya selalu mengesel-gesel dan kadangkala membuatkan kita jadi lemas. Ini tidak Daniel terlalu smart dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang menyakitkan dan membuatkan ku merasa bosan. Oh aku telah kehilangannya. Tidak dapat ku gambarkan bagaimana teguhnya ikatan kami berdua. Sesudah aku kehilangannya barulah aku tahu sebenarnya ikatan kami adalah melebihi dari yang dijangkakan.
Daniel, kau tinggalkan mama, tahukah Daniel bagaimana hancur dan sedihnya hidup mama kini... Sesungguhnya tiada yang dapat menggantikan Daniel.
Isnin, 5 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan