Hari ini 16 hari Daniel meninggalkan ku, namun tidak sesaat pun aku dapat melupakannya. Lebih-lebih lagi kebelakangan ini aku sentiasa berada di rumah. Itu yang aku kesalkan, semasa Daniel ada aku selalu tidak ada di rumah dengan berbagai tugas dan hal. Namun takkala aku sentiasa berada di rumah Daniel telah meninggalkan ku. Kalau tidak aku dapat meluangkan masa bersama-samanya. Oh alangkah sedihnya.
Daniel, mama sayang sangat dengan Daniel. Daniel adalah lambang kasih sayang mama. Mama selalu tertanya-tanya apa yang ada di fikiran Daniel tak kala matanya sentiasa merenungku. Dia akan duduk dihadapan ku dan matanya merenungku.............Aku tahu bagaimana sayangnya Daniel kepadaku. Masanya sentiasa bersama ku. He is always there for me. Terima kasih sayang, mama menghargai kasih sayang Daniel pada mama. Daniel akan sentiasa di hati mama. Mana mungkin mama melupakanmu kerana semasa mama kesunyian terutama di Damansara, Daniel lah yang menemani mama tanpa rasa jemu. Daniel tidak pernah menyakiti hati mama.....
Daniel, Daniel, tolonglah mama, setiap hari mama menangisi kehilanganmu, kadang-kadang sehingga mama meraung-raung. Aku tahu adalah satu dosa dengan kesedihan yang melampau, tetapi apa dayaku, aku terlalu menyayangi Daniel.
Daniel, redhalah mama melupaimuu................Damailah sayangku Daniel disana.....................
Khamis, 8 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan