Isnin, 26 Januari 2009

LEBIH SABULAN DANIEL MENINGGALKANKU

25 January lepas genap 1 blan pemergian Daniel kesayanganku. Namun tidak sehari pun hari-hari ku berlalu tanpa menitiskan air mata. Tak ku sangka sungguh begitu mendalam kasih sayang ku pada Daniel. Memang sukar untuk ku melupakannya dan memang sukar untuk ku mendapatkan penggantinya.

Tapi ada diantara kawan-kawanku yang menganggap apa yang kulalui sekadar membuang masa kerana aku menangisi pemergian seekor kucing. Tapi kasih sayang adalah melangkaui segalanya samaada sesama insan, binatang atau barang milik kita. Daniel mengajarku erti kasih sayang diantara manusia dan binatang kesayangan. Persoalannya bukan aku sahaja menyayanginya, tetapi yang lebih bererti Daniel sangat menyayangi ku. Dari kelakuan dan tindakannya jelas Daniel amat menyayangiku. Aku sungguh rasa tertekan dan terkesan dengan pemergiannya.

Tiada lagi yang menemaniku kemana sahaja aku pergi dirumah ini. Tiada lagi yang menemaniku semasa aku sibuk di depan komputer. Tiada lagi yang menemani semasa aku menonton TV. Tiada lagi yang tidak jemu menungguku ketika aku naik keatas bilikku sehingga aku turun semula baru Daniel akan turun. Tiada yang menungguku semasa aku di bilik air, buka sahaja pintu bilik air Daniel sedia menunggu di muka pintu. Tiada lagi menemani disebelah semasa aku bersolat. Tiada lagi yang datang kemuka ku ketika aku balik dari berpergian yang agak lama. Tiada lagi yang datang mengesel-gesel dikaki ketika aku menyiapkan makanan untuk kucing-kucingku. Dan yang terpenting tiada lagi Daniel menemaniku ketika aku tidur. Oh hancur rasa hatiku bila mengenangnya. Terasa aku tidak sanggup menerima kenyataan bahawa Daniel telah meninggalkanku buat selama-lamanya dan sesungguhnya aku tidak akan dapat berjumpat lagi dengan Daniel.

Oh Daniel kau sangat bererti dalam hidupku. Ya Tuhan pertemukanlah aku semula dengan Daniel ku! mungkin di kehidupan yang akan datang! Daniel, mama amat menyayangimu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan