Jumaat, 9 Januari 2009

BERMULANYA DANIEL

Ianya bermula semasa aku tinggal di Kelana Jaya. Aku tinggal dengan anak ku Zu, namun masing-masing dengan kesibukan masing-masing, aku selalu merasakan kesepian takkala berada di rumah. Suatu hari aku mendapat satu idea untuk mendapatkan seekor kucing setelah terbaca iklan di akhbar yang menyatakan pihak SPCA memerlukan parents untuk adoption.

Dihari minggu itu aku dan anakku telah pergi ke SPCA, kami telah berkeliling untuk mendapatkan seekor kucing yang kami berkenan dan yang penting mempunyai naluri untuk dijadikan anak angkat. Puan kami mengelilingi tempat tersebut namun tidak berjumpa dan kami hampir putus asa. Namun pada anakku sementelah pergi baiklah dapatkan juga seekor dan kami telah memilih seekor anak kucing berwarna kunig. Namun sebelum aku mengambil keputusan terakhir aku membuat pusingan sekali lagi bertujuan untuk memuaskan hatiku.

Dalam pencarianku kali ini aku terpandangkan seekor kucing berwarna putih sedang tidur dipenjuru salah satu cage di situ. Hatiku merasakan aku menyukai di kucing itu. Aku terus meminta pembantu di situ mendapatkan kucing tersebut. Aku terus membuat keputusan untuk mengambilnya sebagai anak angkat ku. Pembantu di situ seolah-olah menyayangi kucing tersebut dan kelihatan agak sedih dan berkata. "Daniel dah nak pergi ke rumah baru ye, tak pelah mudah-mudahan Daniel dapat emak yang menyayangi Daniel" Dari situ aku dapat tahu bahawa kucing yang aku telah jatuh cinta bernama Daniel. Aku terus mengambil dan membuat keputusan untuk menjadikan Daniel anak angkatku. Setelah semuanya selesai dan dimasa saya hendak membuat pembayaran pihak SPCA mengatakan harganya adalah lebih mahal dari kucing-kucing yang lain kerana matanya yang berwarna berlainan, iaitu kiri berwarna biru dan kanan berwarna hijau. Aku tidak mempertikaikan harganya kerana aku telah jatuh cinta padanya, namun Daniel agak takut dan seolah-olah tidak menyukai ku.

Apabila sampai di rumah yang merupakan kondo di tingkat 2, aku mula membela dan membelainya, namun rasa takut dan agak liar Daniel agak payah untuk aku handle, sehingga aku pernah menyuarakan pada anakku bahawa kita telah salah pilih dan mungkin kita perlu memulangkannya. Mungkin Daniel tidak pernah merasakan suasana yang sebegitu sebelumnya. Aku tidak tahu sejarahnya bagaimana Daniel end up di SPCA. Aku cuba membiarkan Daniel adjust dirinya, namun satu hari Daniel telah hilang, membuatkan aku kerisauan dan hingga anakku telah membuat satu iklan di lif, sekiranya ada penghuni di situ menjumpainya. Namun dalam pencarianku aku terdengar-dengar suara sayup Daniel dan aku mencarinya di setiap ruang rumahku, namun rupanya Daniel telah masuk di dalam almari dan berbau busuk. Bayangkanlah telah dua hari Daniel berada didalam almari tersebut.

Di Kondo tersebut juga terdapat seekor kucing hitam yang agak manja, kadang-kadang anakku membawa kucing tersebut ke rumah kami untuk berkawan dengan Daniel. Namun Daniel tidak dapat menerimanya, dia selesa bersama-sama dengan orang. Selepas itu hubunganku dengan Daniel semakin mesra dan Daniel juga suka makan makanan fish flavour. Setiap hari Daniel akan menungguku pulang dari kerja dan disetiap kali semasa aku meninggalkan rumah kelihatan Daniel kurang senang.

Itulah Daniel yang ku sayangi dan akan ku sambung lagi di catatan akan datang apa seterusnya perjalanan hidup Daniel yang ku sayangi.

Daniel, ketahuilah bahawa mama amat menyayangimu.........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan