Selasa, 8 Februari 2011

KELAHIRAN ANAK KUCING TOMEY

Minggu lepas keluarga kami dikurniakan lagi 4 ekor anak tomey yang mana menjadikan jumlah kucing kami 9 ekor.

Malangnya kucing kesayanganku Danny tidak mahu lagi mendekatiku dan tidak ingin lagi masuk kedalam bilikku untuk tidur bersamaku atau bermain-main, kerana tomey melahirkan anaknya didalam bilik tidurku. Aku tidak ingin mengusik anak-anak kucing tersebut memandangkan mereka masih kecil dan belum buka mata. Pantang larang bagi ibu kucing apabila kita memegang anak-anak kecil mereka, mereka akan merasakan anak mereka bukan lagi anak mereka kerana bau yang mereka dapat adalah dari bau tangan-tangan yang memegang anak mereka. Aku tidak mahu tomey membiarkan anaknya dan menyusahkan untuk memelihara anak-anak yang masih terlalu kecil.

Aku bercadang akan mengalihkan mereka ke dalam cage apabila anak-anak tersebut telah membuka mata dan boleh berdikari sedikit. Apabila mereka besar aku bercadang untuk memberi mereka kepada anak-anakku yang telah berkahwin kerana mereka juga sangan sayangkan kucing, tetapi menantu aku kata dia hanya akan mengambil kucing-kucing tersebut sekiranya mereka comel. Itulah nasib kalau tidak comel orang tidak ingin memelihara mereka. Kesian......

Yang aku risaukan sampai bila Danny tidak akan datang bermain-main dan tidur dibilikku?

Jumaat, 7 Januari 2011

TAHUN BARU 2011

Hari ini telah 8 hari menjengah tahun baru 2011. Tanggal 25 Dec lepas genap 3 tahun pemergian Daniel tersayang. Berbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2010 yang telah aku dan keluarga alami. Antaranya, hari konvo ayong, zu dan boy, hari called to the bar ayong, hari pertunangan ayong dan juga zu dan akhirnya hari perkahwinan ayong. Kenangan pahit adalah pada 22 nov 2010 aku kehilangan ibu mertua yang telah meninggal secara mengejut. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman....

Ahad, 19 Disember 2010

HARI PERKAHWINAN SAREEENA AYONG

Sebagaimana yang ditunggu dan dirancang, maka pada 4 Dec 2010, berlangsunglah majlis perkahwinan Sareena Yanti dan Mohd Hafiez di Dewan Tun Rahah, Bangunan Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintanh, yang dihadiri ramai kaum keluarga dan teman-teman.

Sebelumnya pada 3 Dec telah berlangsung majlis akad nikah pada petang hari diikuti dengan majlis persandingan di rumah yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sebahagian dari kenalan.

Rabu, 22 September 2010

HARI KONVO BOY SHAHZRIN - TAHNIAH

Pada 7hb Ogos yg lalu adalah hari konvo anakku boy. Kami sekeluarga telah pergi beramai-ramai bersama-sama bakal-bakal menantu kami iaitu Hafiz dan Yusof berserta Zurina yang kebetulan datang dari Singapura.

Sebagai ibu aku amat berbangga dengan kejayaan boy, sementelah lagi beliau merupakan anak yang agak kurang menyerlah semasa kecil. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi.

Pada 13hb Ogos juga boy telah memulakan pekerjaannya di Pinewell Kencana di Chukai Kemaman Terengganu. Alhamdulillah semoga beliau berjaya dalam kerjayaanya yang sememang diharapkannya.

Jumaat, 4 Jun 2010

HARI LONG CALLED SAREENA - TAHNIAH AYONG

Pada 4 June 2010 kami sekeluarga telah menghadiri majlis long called atau called to the bar anakku Sareena. Alhamdulillah kami dapat berpengalaman menghadiri majlis untuk anak kami sendiri yang mana majlis ini hanya akan dilalui oleh ibubapa atau keluarga yang mempunyai anak yang menjadi peguam atau lawyer sahaja.

Sebagai seorang ibu, aku merasa tersentuh dalam ucapan movernya yang menganggap aku sebagai tulang belakangnya dalam menempa kejayaan tersebut.... sememangnya aku sebenarnya yang menggalakkan dan membantu beliau semasa mula mula sehingga beliau dapat meneruskan pengajiannya dalam Diploma Pentadbiran Awam dan akhirnya beliau dapat meneruskannya untuk menyambung pelajarannya sehingga ke Ijazah Undang-Undang,

Tahniah kepada ayong kerana terpksa melalui zaman pengajian yang terlalu lama untuk mencapai impiannya menjadi seorang peguam. Mulai hari ini beliau adalah seorang peguam yang berkelayakan dan berkelayakan mewakili pelanggan di mahkamah. Selepas ini terpulang kepada beliau untuk memutuskan samaada untuk terus menjadi peguam atau menjadi kakitangan undang-undang seperti penasihat undang-undang dan sebagainya. Bagi aku sangat mengharapkan beliau akan menjadi seorang peguam terkemuka satu hari nanti, Insyaallah.

HARI KONVO ZURAINI - TAHNIAH ZU

Pada 29 Mei, kami sekeluarga menghadiri konvo anakku Zuraini. Kesian dia setelah berhempas pulas akhirnya dia dapat menghabiskan pengajiannya.Ini berlaku kerana semasa beliau belajar untuk pengajian Diploma Civil Engineering beliau telah dapat penajaan dari Syarikat Litrak sebuah konsesi lebuhraya di Kuala Lumpur.

Sehabis pengajian beliau dikehendaki berkhidmat di syarikat tersebut, kalau tidak beliau dikehendaki membayar semula biayai yang telah di tanggung syarikat tersebut. Lainlah kalau keluarga kami mampu membayar semula pembiayaan tersebut. Maka Zuraini tiada mempunyai pilihan dan terpaksa melanjutkan pelajaran untuk peringkat ijazah di luar kampus disamping bertugas di syarikat tersebut. Alhamdulillah beliau mampu menghabiskan pengajiannya sebagaimana yang dirancang,

Sesungguhnya sebagai seorang ibu,aku merasa kuatir sekiranya beliau tidak mampu menjalani kehidupan bekerja sambil belajar sebagaimana yang pernah aku lalui dahulu. Sesungguhnya beliau seorang yang berdaya saing dan mempunyai kekuatan dan berjaya menghabiskan pengajianya tanpa mengulangi walau satu semester pun. Alhamdulilllah.

Rabu, 31 Mac 2010

AYAM MASAK MERAH

BAHAN

1 ekor ayam
1 tin kecil tomato puree
1 biji kelapa utk santan (atau susu cair)
25 biji cili kering kisar
3 batang serai kisar
4 inci langkuas kisar
2 inci halia kisar
15 bawang merah
5 bawang putih
kunyit serbok, garam

CARA

Ayam digaram dan kunyit dan goreng 3/4 masak
Tumis bawang merah, putih, halia
Masukkan tomato puree. Biarkan sebentar Naik baunya masukan santan, serai dan langkuas.
Biarkan mendidih dan pekat, masukkan ayam. Akhinrya masukan daun pudina