Khamis, 24 Disember 2009

SETAHUN PEMERGIAN DANIEL

Esok 25 Dec 2009 genap satu tahun pemergian Daniel kesayanganku. Kasih sayang ku tidak pernah luntur. Amat senang air mataku mengalir ketika teringatkannya.

Malam itu sesungguhnya malam yang amat aku kesalkan seumur hidupku kerana tidak memanggil Daniel untuk tidur bersamaku seperti malam-malam yang biasa, ini kerana aku balik agak lewat dan aku terlalu mementingkan diri untuk tidur secepat mungkin sehingga membiarkan Daniel kesayanganku tidur diluar. Akhirnya di waktu pagi aku hanya mendapati
sekujur tubuh yang telah kaku Daniel kesayanganku.

Walaupun telah setahun berlalu tapi tidak sesaatpun aku dapat melupakan kasih sayang Daniel terhadapku. Air mataku pasti akan mwngalir setiap kali teringatkannya.

Daniel, damailah engkau disana.

Khamis, 3 Disember 2009

PEMILIHAN SEMULA MATTA

Hari ini aku menerima berita bahawa aku telah memenangi posisi sebagai bumirep Matta yang mana aku sedikit pun tidak berkeyakinan akan memenanginya.

Ahad, 11 Oktober 2009

PINGU, HANDSOME, CHUBBY, MOMOT, DANNY

Sekembaliku dari percutian ke Kuching selama 4 hari, hatiku memang risau, takut aku akan kehilangan semua atau salah seekor dari mereka. Ini kerana mereka tinggal di luar semasa ketiadaan kami. walaupun kami telah meminta jasa baik Masri untuk memberi mereka makan setiap hari. Namun memandangkan pengalamanku kehilangan Daniel ku aku masih risau sehinggalah aku dapat melihat mereka satu persatu.

Namun hatiku lega kerana kesemua mereka dalam selamat. Alhamdulillah aku melepaskan rasa lega yang amat sangat. Aku terlalu takut kehilangan mereka dan kehilangan Daniel masih tidak dapat kulupakan sehingga saat ini.

Semoga Allah menyelamatkan kesayanganku.

Selasa, 8 September 2009

DANIEL LAGI

Hari ini tiba-tiba aku teringatkan Daniel, terasa teramat rindu dan ingin membelainya. Daniel sesungguhnya engkau telah memberikan sebuah kasih sayang yang tidak akan hilang sepanjang hayatku. Kenapa engkau sungguh istimewa aku juga tidak mengerti. Yang pasti engkau sentiasa ada di dalam ingatanku. Terimakasih kerana mengajarku erti sebuah kasih sayang yang sejati.

Rabu, 5 Ogos 2009

Ahad, 26 Julai 2009

DANNY

25 July genap 7 bulan pemergian Danniel kesayanganku. Namun rindu dan kasih sayangku masih kukuh dan kadangkala aku menangis mengingatinya. Tidak tahu kenapa aku terlalu sayangkannya.

Namun kerinduan dan kedukaan ku agak terubat juga dengan kehadiran Danny didalam hidupku. Oleh kerana aku tidak mempunyai masa untuk mencatatkan tentang kehadiran Danny dalam hidupku cukuplah setakat ini dan akan aku catatkan dimasa akan datang.

Khamis, 26 Februari 2009

HAI LAH DANIEL

Telah lama aku tidak mengunjungi blog ini, selain dari kesibukan aku dengan ketiadaan pembantu rumah, membuat persediaan anak ku yang akan memasuki Sekolah Teknik aku juga merasakan amat hiba dan sedih setiap kali aku mengunjungi blog ini. Itu belum lagi aku membaca semula tulisan aku yang lepas. 25 hb Februari genaplah 2 bulah pemergian Daniel, masih terasa dia ada bersama-sama aku, betapa rindunya aku padanya tak dapat ku bayangkan. Orang berkata aku terkena badi kucing, tetapi aku kurang faham kerana semasa kematiannya aku tidak memegangnya dan hanya memandangnya dengan penuh kesedihan. Kawan-kawan menasihatkan aku supaya berjumpa dengan orang yang boleh membantu untuk membuang badi tersebut. Akhirnya aku mengalah dan berjumpa dengan orang yang boleh membantu aku. Tak tahulah aku, tetapi selama lebih kurang dua bulan aku merasakan diriku bukan diriku yang sebenarnya dan lama kelamaan badan aku seolah-olah tidak bermaya dan membuatkan ku pergi berjumpa doktor.Orang tersebut telah menyuruh aku mandi dengan limau purut dan limau nipis selama dua hari dan memberi sebotol air untuk aku minum. Entahlah mungkin juga aku telah semakin pulih. Tapi ingatanku pada Daniel masih lagi terasa cuma aku tidak menangis lagi seperti dahulu yang mana hampir setiap hari aku menangis sekuat hatiku tatkala tiada orang berada disampingku.Sesungguhnya kasih sayangku pada Daniel masih kekal dihati ini.
draf
22:13:00
oleh ekspresi diri