Isnin, 30 April 2012

Manjung Mari: Nii Gambar anak perempuan siapa pulak di BERSIH 3....

Manjung Mari: Nii Gambar anak perempuan siapa pulak di BERSIH 3....: Marina Mahathir bersama Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk Ambiga Mengapa Marina Mahathir menyertai Bersih 3,0? Marina Mahathir menuli...

Ahad, 29 April 2012

.: Foto Kejahatan

.: Foto Kejahatan: Menilai Siapa Yang Kejam Bersih 3.0 ini tidak memberi peluang banyak untuk saya menyaksi dan merakam aksi sadis kedua-dua pihak kerana k...

.: Foto Kejahatan

.: Foto Kejahatan: Menilai Siapa Yang Kejam Bersih 3.0 ini tidak memberi peluang banyak untuk saya menyaksi dan merakam aksi sadis kedua-dua pihak kerana k...

Sabtu, 7 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Terlalu lama tidak aku kemaskini blog ini. Anyway selamat tahun baru 2012.

Selasa, 8 Februari 2011

KELAHIRAN ANAK KUCING TOMEY

Minggu lepas keluarga kami dikurniakan lagi 4 ekor anak tomey yang mana menjadikan jumlah kucing kami 9 ekor.

Malangnya kucing kesayanganku Danny tidak mahu lagi mendekatiku dan tidak ingin lagi masuk kedalam bilikku untuk tidur bersamaku atau bermain-main, kerana tomey melahirkan anaknya didalam bilik tidurku. Aku tidak ingin mengusik anak-anak kucing tersebut memandangkan mereka masih kecil dan belum buka mata. Pantang larang bagi ibu kucing apabila kita memegang anak-anak kecil mereka, mereka akan merasakan anak mereka bukan lagi anak mereka kerana bau yang mereka dapat adalah dari bau tangan-tangan yang memegang anak mereka. Aku tidak mahu tomey membiarkan anaknya dan menyusahkan untuk memelihara anak-anak yang masih terlalu kecil.

Aku bercadang akan mengalihkan mereka ke dalam cage apabila anak-anak tersebut telah membuka mata dan boleh berdikari sedikit. Apabila mereka besar aku bercadang untuk memberi mereka kepada anak-anakku yang telah berkahwin kerana mereka juga sangan sayangkan kucing, tetapi menantu aku kata dia hanya akan mengambil kucing-kucing tersebut sekiranya mereka comel. Itulah nasib kalau tidak comel orang tidak ingin memelihara mereka. Kesian......

Yang aku risaukan sampai bila Danny tidak akan datang bermain-main dan tidur dibilikku?

Jumaat, 7 Januari 2011

TAHUN BARU 2011

Hari ini telah 8 hari menjengah tahun baru 2011. Tanggal 25 Dec lepas genap 3 tahun pemergian Daniel tersayang. Berbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2010 yang telah aku dan keluarga alami. Antaranya, hari konvo ayong, zu dan boy, hari called to the bar ayong, hari pertunangan ayong dan juga zu dan akhirnya hari perkahwinan ayong. Kenangan pahit adalah pada 22 nov 2010 aku kehilangan ibu mertua yang telah meninggal secara mengejut. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman....

Ahad, 19 Disember 2010

HARI PERKAHWINAN SAREEENA AYONG

Sebagaimana yang ditunggu dan dirancang, maka pada 4 Dec 2010, berlangsunglah majlis perkahwinan Sareena Yanti dan Mohd Hafiez di Dewan Tun Rahah, Bangunan Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintanh, yang dihadiri ramai kaum keluarga dan teman-teman.

Sebelumnya pada 3 Dec telah berlangsung majlis akad nikah pada petang hari diikuti dengan majlis persandingan di rumah yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sebahagian dari kenalan.